Anda mungkin bertanya ‘Apakah yang membuatkan Universiti Bangor berbeza daripada university lain di UK?’ dan jawapannya adalah amat mudah. Kami, bukan saja menyediakan tempat yang selamat untuk pelajar, malah persekitaran yang mesra, kos pembelajaran yang rendah dan terletak di lokasi yang sangat mengagumkan di dunia. Bangor Universiti juga memiliki satu sistem pembelajaran yang dinamik, mutu pengajaran dan penyelidikan yang diiktiraf antara yang berbaik di UK.
Di Bangor, pelajar-pelajar antarabangsa dihormati dan dihargai kerana pengalaman unik yang dibawa bersama kehidupan akademik. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menyertai kami, maka anda akan menjadi sebahagian komuniti pembelajaran antarabangsa. Anda bukan saja memperolehi kelayakan yang menjamin kejayaan kerjaya pilihan anda, malah anda akan mendapat rakan dari pelbagai budaya dan latar belakang. Sudah tentu anda akan memiliki kenangan yang akan kekal bersama anda sehingga suatu jangka masa yang panjang.